Gajah tak “relax”, mengamuk gara-gara terkejut dengan mercun

SEEKOR gajah telah mencetuskan kekecohan apabila tiba-tiba mengamuk dan merosakkan majlis perkahwinan pada 11 Jun lalu.

Kejadian difahamkan berlaku di Uttar Pradesh, India itu pada awalnya kelihatan normal.

Pengantin lelaki, Anand Tripathi dari kampung Naryanpur tiba di rumah pengantin perempuan menaiki pedati ditarik seekor gajah.

Keadaan tenang sehinggalah bunyi mercun di majlis itu menyebabkan gajah tersebut terkejut lalu mengamuk.

Selain khemah majlis, turut dirosakkan empat buah kereta yang diletak di pekarangan majlis.

Pengantin lelaki yang berada di dalam pedati ditarik keluar dan terus melarikan diri dari tempat kejadian.

Keadaan kembali tenang apabila pegawai jabatan hutan dan polis berjaya mengawal gajah tersebut.

Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan dan majlis diteruskan tidak lama kemudian.

Sumber: Awani