“Syabas Anak Muda!” – PM ucap tahniah Syarifuddin juara CEV Moto3

PELUMBA negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama negara selepas muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol pada 13 Jun.

Syarifuddin atau lebih mesra dikenali sebagai Damok bermula di petak ke-10 menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat.

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras untuk perlumbaan minggu ini. Terima kasih juga kepada ketua kru, pengurus pasukan dan juga Datuk Razlan (Razali) yang hadir ke sini untuk memberi sokongan”, katanya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menerusi laman Facebook rasmi berkata, “Syabas Anak Muda. Tahniah Malaysia. Saya cukup berbangga dan gembira apabila dimaklumkan anak muda Malaysia, Syarifuddin berjaya menggegar Litar Catalunya apabila muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia semalam”.

Ucapan itu pastinya pastinya menggembirakan dan membanggakan buat pelumba muda negara, Syarifuddin Azman kerana ia dizahirkan oleh pemimpin nombor satu negara dan ia merupakan satu kebanggaan buat seluruh rakyat Malaysia.

Selain itu, beliau juga mengucapkan turut merakamkan ucapan sama kepada seluruh ahli pasukan atas aksi dan kejayaan yang membanggakan negara.

“Teruskan usaha untuk kejayaan yang lebih gemilang selepas ini,” katanya sambil menyertakan tanda pagar #MalaysiaPastiBoleh.

Dalam pada itu, tempat kedua dimiliki pelumba tuan rumah, David Munoz Rodriguez dari pasukan Avatel-Cardoso Racing dengan catatan masa 29:32.715, manakala Jose Antonio Rueda Ruiz juga dari Sepanyol di tempat ketiga dengan masa 29.32.825s.