Artis kontroversi guna wanita tanpa seurat benang sebagai ‘berus’

SEORANG pelukis di Rusia mempunyai cara tersendiri lagi unik untuk mewarnakan karyanya dengan menjadikan badan wanita sebagai berus lukisan.

Lebih aneh, wanita yang ersebut berada dalam keadaan bogel.

Menurut Albert Zakirov, teknik tersebut sudah dipraktikkan sejak zaman 80-an lagi ketika dia masih berada di kolej seni lukisan.

“Ketika itu, teknik menggunakan badan wanita sebagai berus dibuat secara rahsia kerana ia terlalu kontroversi untuk dipersembahkan kepada umum.

“Hanya pada tahun 2000, saya mula melakukan proses melukis menggunakan badan wanita termasuk wanita bogel secara terang-terangan,” kata Zakirov.

Menurutnya,  pemilihan wanita sebagai ‘berus manusia’ bukan di atas alasan peribadi seperti hubungan intim dengannya tetapi atas kesanggupan model tersebut.

“Namun sekarang, bagi wanita yang mahu menjadi ‘berus manusia’, mereka  diminta untuk memakai pelitup muka agar identiti mereka dilindungi bagi mengelak timbul masalah di masa hadapan.

“Ini kerana kebanyakan teman lelaki wanita-wanita  ini tidak begitu menggemari idea kekasih mereka menjadi berus lukisan,” tambahnya lagi.

Sumber: Kosmo