“Harap tahun ini kita Settle Down ya” Zizan buat netizen pecah perut, cuba intai adik Neelofa

Kalau sudah namanya pelawak pasti banyak sahaja idea untuk menceriakan peminatnya.

Semalam Zizan Razak berkongsi gambar dia dan adik Neelofa, Ameera dalam satu perkongsian.

Menjelaskan dia dan Ameera atau lebih dikenali melalui nama Instagram Little Miss Khan mempunyai citarasa yang sama, kata Zizan dalam kapsyennya dia turut berharap dia dan Ameera mempunyai hati yang sama.

Rata-rata peminatnya sudah tahu akan perangai Zizan yang suka menyakat ini. Malah Ameera sendiri turut memberi respon kepada perkongsian Zizan dengan balasan ketawa.

Tidak selesai di situ Zizan sekali lagi bergurau dengn Ameera dengan membalas

“Harap tahun ini kita Settle Down ya” tulisnya di bawah komen Ameera.

Sementara itu beberapa rakan artis juga turut terhibur dengan perkongsian terbaharu Zizan ini.