“Kasih ayah ke hujung nyawa” – meninggal dunia ketika temani anak hadir interview

“WALAUPUN demam sejak tiga hari lalu, arwah sanggup menemani anak bongsunya menghadiri temu duga kerja hari ini”

Itu kata Mohd Ali Ahmad, 55, sepupu kepada Mustafa Ariffin, 60-an yang ditemui meninggal dunia dalam kereta di tempat parkir hadapan Wisma Persekutuan di Alor Setar, hari ini.

Dalam kejadian pada 10.30 pagi, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpang hadapan pemandu kereta oleh orang awam selepas mangsa dilihat dalam keadaan mencurigakan.

 

Ketika itu, dia seorang diri di dalam kereta kereta manakala isterinya menemani anak mereka menghadiri temu duga di tingkat atas bangunan kerajaan itu.

Mohd Ali berkata, sepupunya tidak pernah mengadu sakit sebelum ini, malah dia sentiasa kelihatan sihat.

Katanya, dia terkejut apabila dihubungi anak mangsa yang memaklumkan bapanya sudah meninggal dunia.

“Saya bergegas ke sini dan mendapati jenazah mangsa masih dalam kereta.

“Mereka menetap di Kampung Teloi, Kuala Ketil bertolak ke sini pagi tadi dan kereta berkenaan dipandu anak mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Mohd Ali berkata, hubungan dia dan sepupunya sangat rapat dan kali terakhir mereka bertemu Disember lalu ketika majlis perkahwinan anaknya.

Katanya, ketika itu arwah banyak bergurau dan kelihatan ceria.

“Apa pun kami sekeluarga reda dengan pemergiannya,” katanya.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

 

sumber – HM

Most Popular

Bapa ingatkan Da’i Syed jangan perguna agama

SELEPAS nama anaknya viral dalam media sosial semalam kerana terlibat dengan dakwaan serius merogol seorang wanita, bapa kepada pendakwah muda Da’i Syed...

Nenek berumur 100 tahun mati terkejut ketika cuba diperkosa jiran

SEORANG lelaki di India dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana mengakibatkan kematian seorang wanita berusia 100 tahun ketika dia cuba merogol mangsa,...

Buat kerja tak ‘clean’, langgar ‘roadblock’ tapi tercicir nombor pendaftaran. Akhirnya kena tangkap dalam ladang kelapa sawit

TINDAKAN seorang individu lelaki tempatan melanggar sekatan jalan raya di laluan keluar tol Damansara akhirnya berjaya dikesan apabila nombor pendaftaran kenderaannya tercicir...

Tiga peluru tembus badan anggota PGA – KPN

ANGGOTA Pasukan Gerakan Am yang mengalami kecederaan parah susulan insiden berbalas tembakan di sempadan dilapor stabil. Menurut Ketua Polis...