Pemandu disyaki mabuk buat hal lagi, kali ini hampir rempuh dua anggota polis

Cukup mendebarkan untuk menyaksikan rakaman video yang dikongsi pengguna Facebook Aili Min SamSuri.

Pemandu cina mabok lag kali ni langgar kereta polis plop

Posted by Aili Min SamSuri on Wednesday, February 5, 2020

video yang sudah dikongsi hampir 4 ribu kali itu memperlihatkan dua anggota polis hampir-hampir dilanggar sebuah Myvi putih yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk di Lebuhraya Grand Sepadu menghala ke Klang, Selangor.

Menerusi laporan Harian Metro, dua anggota itu berada dilokasi tersebut untuk memberi bantuan kepada kenderaan Land Rover Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, yang mengalami kerosakan di lokasi kejadian. Bagaimanapun anggota terbabit tidak mengalami kecederaan.

Ternyata video tular berdurasi 20 saat itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam pemandu mabuk. Malah ada yang menyifatkan pemandu mabuk di negara ini sudah keterlaluan memandangkan sudah banyak kejadian kemalangan yang membabitkan individu tidak bertanggungjawab ini.