Kehangatan semakin terasa! Juara GV 6, Milik siapa?

Kredit- Twitter Berita Harian SG

Malam esok merupakan malam penentuan bagi enam finalis Gegar Vaganza (GV) 6 untuk merebut gelaran juara pada musim kali ini.

Persaingan semakin sengit dan mereka ialah Sham (Visa), Jatt Ali, Nur Fatima, Hady Mirza, Naqiu ( Boboy) serta penyanyi berkumpulan, One Nation Emcees.

Mereka bakal berentap di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Turut diberi tugasan terhadap peserta perlu memilih dua buah lagu secara solo dan ‘battle’.

Lantas, tanpa membuang masa, ramalan perlu dibuat bagi finalis yang bakal memegang takhta juara GV 6. Berikut merupakan senarai ramalan secara rawak dari The News.

Juara – Naqiu Boboy

Naib Juara – Hady Mirza

Tempat ketiga – One Nation Emcees

Tempat Keempat – Jatt Ali

Tempat Kelima – Nur Fatima

Tempat Keenam – Sham Visa

Pada kali ini, Juara bakal membawa menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000 beserta trofi. Naib juara pula menerima wang RM 50,000 dan tempat ketiga RM 30,000.

Bagi tempat keempat, kelima dan keenam pula, mereka bakal menerima wang tunai sebanyak RM 30,000, 15,000, RM 10,000 serta trofi.

Bagaimanapun, GV 6 dikendalikan dengan Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula jam sembilan malam.