“Akibat terlalu marah, tikam kawan hingga mati punca berebut tempat duduk di dalam van”

Punca berlaku kejadian apabila dua lelaki warga Indonesia bergaduh kerana berebut tempat duduk di dalam van pekerja hingga salah seorang daripadanya mati ditikam di Batu 22 Jalan Bintulu, Miri.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku lingkungan jam 5.10 petang. Turut difahamkan mangsa berusia 47 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan ditikam pada bahagian perut oleh rakannya yang berusia 22 tahun.

Kemudian, Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu, Deputi Superintendan Jame Reis, berkata dua lelaki terbabit dikatakan berselisih faham di luar van pekerja sebelum suspek bertindak agresif dan menikam perut mangsa.

“Kejadian disedari pemandu van itu yang terdengar bunyi bising dari luar sebelum melihat mangsa dalam keadaan meniarap dengan berlumuran darah pada bahagian perut.

“Pemandu van itu kemudian membawa mangsa ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut tetapi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dipetik oleh Berita Harian.

Sementara itu, Beliau turut berkata, susulan laporan polis yang dibuat di Pusat Sehenti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, suspek berjaya ditahan di rumah sewanya di Jalan Tanjung Batu, Bintulu pada jam 1.30 tengahari, semalam.

“Turut dirampas ialah sebilah pisau berukuran 37 sentimeter dipercayai digunakan suspek menikam mangsa.

“Kita berjaya menyelesaikan kes ini dalam masa kurang daripada 24 jam dengan tertangkapnya suspek,” katanya.

Bagaimanapun, tambah beliau, Kes ini akan dilanjutkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.