Tidak mahu terlalu mengharapkan bidang lakonan, Shah Iskandar kini sibuk ceburi bidang perniagaan

Menerima kenyataan persaingan dalam dunia lakonan kini makin sengit, pelakon Shah Iskandar, 36, bersedia sekiranya jika suatu hari nanti namanya sudah tidak lagi relevan.

Kata Shah, sama seperti rakan pelakon lain dia juga berusaha untuk meletakkan namanya berada di kedudukan yang baik dikalangan peminat namun semuanya itu kini bergantung kepada penerimaan.

“Saya akui bab media sosial saya memang agak jarang update. Malah isteri saya sendiri turut meminta saya agar lebih rajin menggunakan laman sosial. Jadi tidak dinafikan ini antara punca nama saya itu agak kurang kedengaran di kalangan peminat.

“Tetapi sebagai seorang yang masih meminati bidang lakonan saya masih berusaha menempatkan nama saya agar terus kekal relevan. Tetapi jika sudah sampai masanya, satu hari nanti saya juga perlu reda,” katanya kepada The News.

Tidak mendambakan bidang lakonan sebagai sumber utama rezeki keluarganya. Kini Shah juga sangat aktif menjadi seorang usahawan.

“Selain berlakon saya juga memang sangat minat berniaga. Malah kini saya juga sudah ada beberapa cabang perniagaan dalam bidang kecantikan dan makanan.“

Memang fokus 2020 juga untuk menjadi memastikan segala perniagaan saya berjalan lancar. Selain menebus kesilapan waktu muda saya yang tidak menyimpan duit.

“Jadi saya akan bersungguh-sungguh untuk memastikan perniagaan yang saya usahakan ini berjaya,” katanya.

Sementara itu bercakap mengenai kerjasama dengn jenama Embah, tambah Shah dia kini merupakan pengedar tunggal selain bertanggungjawab sebagai pihak yang akan mempromosikan produk ini ke pasaran Singapura.

“Embah merupakan jenama yang mengeluarkan produk spa dan untuk kegunaan wanita selepas berpantang.“

Merupakan produk Malaysia, saya dipertanggungjawabkan untuk membawa jenama yang baru berusia setahun ini ke Singapura.

“Melihat potensi yang ada kepada jenama Embah ini sendiri saya yakin untuk berkecimpung dalam bidang pernigaan yang selalunya didominasi wanita,” tambahnya.