“Kalau tak pakai honda, confirm susuk…” – Caprice sebagai ‘Ketua Persatuan Buaya Malaysia’ ucap takziah pada lelaki kantoi ada ramai kekasih

TERBARU, tular sebuah video mengenai seorang gadis bernama Wawa Zulkifli yang dicurangi oleh teman lelakinya dan lebih mengejutkan, apabila kekasihnya didedahkan mempunyai ramai teman wanita lain dibelakangnya.

Video tersebut telah dikongsi oleh Wawa di Instagram pada awalnya dan ia menunjukkan kekasih tujuh (7) tahunnya itu telah berlaku curang terhadapnya bersama lebih kurang 7 hingga 10 orang wanita lain.

Awalnya ia mendapat perhatian warganet dan pengguna di Twitter ratanya terkejut dengan tindakan yang dilakukan oleh lelaki berkenaan kepada Wawa. Namun, video asal dari gadis tersebut telah pun dipadam.

Dalam pada itu, selebriti terkenal, Caprice yang sentiasa berhujah dan memberi nasihat di Instagram diminta oleh orang ramai untuk membahaskan mengenai isu yang menimpa Wawa.

Melalui kapsyen, “Kalau tak pakai Honda, confirm susuk” itu, Caprice berseloroh dengan gurauan yang sinonim dengan warganet.

Walau bagaimanapun, Caprice langsung berkata jika seseorang sudah selesa untuk melakukan atau mengumpul dosa dan menganggap (hal tersebut) ia sesuatu yang boleh dibanggakan, sebaiknya berhenti dan cuba mencari jalan taubat.

Ini kerana mencari dan mengumpul pahala adalah sesuatu hal yang lebih baik dilakukan daripada sebaliknya.

Memang betul apa yang dikatakan Caprice kerana jika dilihat dari video yang telah dipadam oleh gadis (Wawa) itu, teman lelakinya itu seperti ‘bangga’ kerana mampu menikam di belakang Wawa dengan berlaku curang dan mempunyai ramai kekasih lain, setuju tak?