“Terima kasih kerana berbelanja di Puk* Mart…”- warganet terhibur parodi pemain bola sepak alih botol minuman

SEJAK beberapa hari lalu, memang riuh diperkatakan peminat sukan bola sepak apabila melihat tindakan Cristiano Ronaldo, Paul Pogba dan Manuel Locatelli yang mengalihkan botol minuman keras tajaan penaja dalam beberapa sidang media.

Terbaru, tular sebuah video mengenai seorang selebriti media sosial Indonesia, Babecabiita yang melakukan parodi dari insiden tersebut.

Video berdurasi 50 saat itu memaparkan dia mengalihkan botol air cola, air mineral, seterusnya bersama-sama makanan ringan lain kemudian bertindak mengimbas harga kesemua barang yang dialihkan di sudut tepi.

Babecabiita langsung berdiri sambil berkata, “jumlah semua sekali adalah Rp 178,000 (RM50.88). Duit yang encik bagi Rp 1 juta, jadi bakinya adakah encik mahu sumbangkan kepada orang yang tidak ada otak? sebab ada ramai manusia yang tiada otak”.

“Terima kasih kerana berbelanja di Puki Mart…”, ujarnya lagi sambil tersenyum seperti sudah melayan pelanggan.

Parodi itu telah menarik perhatian warganet dan ramai yang berpendapat itu merupakan parodi yang amat “plot twist” kerana mereka tidak menyangka Babecabiita akan menjadikan itu sebagai situasi berbelanja di pasaraya.

Namun, ada juga warganet yang mengecam kerana nama pasaraya “Puki Mart” itu tidak sopan kerana perkataan itu merujuk kepada ayat lucah atau mencarut.