Wajib jumpa V BTS dulu! Baru wanita ini nak kahwin!

TIDAK dinafikan, populariti yang diraih kumpulan sensasi Korea Selatan iaitu BTS membuatkan mereka mempunyai ramai peminat terutamanya dari kalangan wanita.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @sosmedkeras yang menunjukkan seorang wanita sedang melakukan luahan hati bahawa dirinya tidak akan berkahwin dahulu sebelum dia bertemu dengan salah seorang anggota BTS iaitu Kim Taehyung atau lebih dikenali sebagai V.

Wanita itu difahamkan berasal dari Indonesia sedang menunjuk-nunjukkan jarinya ke arah kamera sambil menjelaskan ciri-ciri dan kriteria calon suaminya pada masa akan datang.

Video yang tular

Syarat yang cukup berat, wanita tersebut berkata calon suaminya wajib kaya supaya boleh menghantar dirinya ke Korea Selatan dan bertemu dengan penyanyi K-Pop itu kerana dia adalah salah seorang dari peminat fanatik BTS.

Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada wanita ini bergurau atau serius, rata-rata netizen meluahkan rasa geli sekaligus emosi kerana syarat tersebut boleh dikatakan tidak masuk akal dan agak sukar untuk dilakukan.

Apa pun, selamat maju jaya untuk bakal suami kakak ni!