[Video] Tindakan Pemuda Selamatkan Anjing Dari Tenggelam Oleh Banjir Raih Pujian Ramai

Seluruh Malaysia kini sedang menghadapi hujan yang tidak menentu pada setiap hujung tahun, disebabkan oleh musim Monsun Timur Laut. Kerana Monsun Timur Laut inilah yang menyebabkan negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang mengalami bah besar, sehingga mengakibatkan kerosakan besar kepada penduduk negeri-negeri tersebut.

Semasa banjir dan kenaikan air berlaku, orang ramai sudah sering kali diingatkan untuk membuat pelbagai persiapan diri dan berpindah ketempat pusat penempatan mangsa banjir yang disediakan.

Berjaya selamatkan satu lagi nyawa

Tetapi, ketika sedang menyelamatkan diri sendiri, terdapat segelintir pemilik haiwan peliharaan membiarkan dan melupakan sehingga membiarkan mereka ini ditenggelami air banjir.

Kejadian ini telah disaksikan sendiri oleh beberapa orang pemuda, yang telah menyelamatkan seekor anjir yang hampir di tenggelami air bah tersebut.

Anjing penjaga kebun agaknya!

Dalam video berkenaan, anjing tersebut telah diikat oleh tuannya dan berkemungkinaan anjing berkenaan dibela oleh tuannya untuk menjaga kebun disitu.

Namun, tindakan tuannya itu telah membuatkan sesetingah pihak berasa marah dan sedih kerana membiarkan anjing berkenaan ditenggelami oleh air banjir yang semakin mengingkat naik.

Tenggelam hampir separuh badan

Semasa salah seorang pemuda berkenaan menyelamatkan anjing tersebut, dalam video tersebut boleh dilihat air banjir itu sudah hampir-hampir tenggelamkan separuh dari badannya.

Berkemungkinan jiwa anjing berkenaan lambat diselamatkan, haiwan tersebut boleh mati lemas dalam air itu.

Diruang komen, ramai dilihat memberi pujian dan mengucapkan terima kasih kepada pumuda-pemuda disitu, kerana telah berjaya menyelamatkan anjing berkenaan tanpa menghiraukannya.

Diingatkan kepada pemilik-pemilik haiwan peliharaan agar tidak meninggalkan dan membiarkan bintang peliharaan mereka begitu sahaja ketika banjir melanda. Mereka juga harus diselamatkan dan diletakkan ditempat yang terlindung.

Sumber: Bojad Azmi