Mangsa Banjir meningkat 10,652

Keadaan banjir semakin teruk dengan jumlah mangsa banjir melibatkan empat buah Negeri meningkat kepada 10,652 orang dengan keseluruhan 105 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) aktif hingga kini.

Kemudian, laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Pengurusan Bencana Angakatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Johor mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 8,527 orang hingga jam 12 tengah malam tadi.

Kemudian, keadaan membimbangkan hingga 90 PPS perlu diaktifkan di lapan daerah yang terejas di Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Segamat, Kulai, Batu Pahat, Johor Bahru dan Pontian.

“Sebahagian besar daerah yang terjejas menunjukkan peningkatan terhadap jumlah mangsa terjejas hanya di Kota Tinggi dilaporkan jumlah mangsa semakin menurun.

“Sementara itu, Pahang menjadi negeri kedua terjejas apabila mengaktifkan sebanyak 12 PPS bagi menempatkan seramai 1,211 mangsa daripada 343 keluarga di tiga daerah iaitu Rompin, Temerloh dan Raub,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan, di sini.

Tambah lagi, Bukan negeri Johor sahaja yang mengaktifkan PPS malah Sarawak dan Sabah turut aktif di Marudi dan Kudat membabitkan keseluruhan 864 mangsa dipindahkan sehingga malam tadi.

Selain itu, menurut laporan Berita Harian, terdapat juga satu bencana tanah runtuh di laporkan berlaku di Sri Aman, Sarawak sehingga menyebabkan 50 mangsa terjejas dan terpaksa dipindakan di satu PPS di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melugu.

Sementara itu, dua sungai di Johor turut mencatatkan bacaan pada paras bahaya iaitu di Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dan Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat.

“Selain itu, Kolam Air di Empangan Machap, Keluang, Johor dan Sungai Kinabatangan di Barek Manis Kinabatangan, Sabah menunjukkan bacaan di paras amaran,” katanya.