Pencemaran Sungai, Pemuliharaan Alam Sekitar Perlu Dipikul Sama

KUALA LUMPUR – Masyarakat menjadi ‘mata dan telinga’ kepada agensi penguatkuasaan dalam membanteras sebarang aktiviti pencemaran sungai yang dilihat semakin berleluasa seperti pembuangan sampah dan merosakkan tebing sungai.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata tanggungjawab pemuliharaan alam sekitar perlu dipikul sama orang ramai dengan melaporkan kejadian terbabit menerusi aplikasi Citizen’s Eye.

Beliau turut menzahirkan rasa kecewa apabila melihat jumlah sampah tidak berkurangan meskipun pelbagai usaha telah diambil kementerian dan agensi berkaitan.

Beliau bercakap selepas menyampaikan Anugerah ‘River Of Life’ di bawah program Public Outreach Program Fasa 5 kepada 31 pemenang dalam pelbagai kategori di Kuala Lumpur.

Anugerah berkenaan bagi mengiktiraf sumbangan dan komitmen mereka dalam memulihara Sungai Klang.

Selain meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga sungai.

Komuniti Rakan Tetangga (KRT) Kampung Kasipillay dinobatkan sebagai Juara bagi kategori komuniti setempat.

KRT Kampung Kasipillay membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi dan sijil