[Video] ‘Roommate’ Nyanyikan Lagu Hari Jadi Gaya Taranum Buat Netizen Terhibur!

Baru-baru ini, seorang pelajar dari Kolej Mara Seremban (KMS) memuatnaik satu video di Twitternya, @mhdhilmiii. Memang berdekah weh bila tengok video yang berdurasi 38 saat tu hahaha!

Lain macam kau punya wish birthday

Bukan apa, kalau korang tengok video tu ada dua budak lelaki yang memakai baju berwarna ungu menyanyikan lagu hari jadi gaya taranum untuk birthday boy yang berbaju hitam. Ewah. Rata-rata netizen turut terhibur dengan video tu.

Kalau korang sambut birthday member macam mana pula? Cuba share sikit pengalaman korang dekat komen di page The News Malaysia. Hehehe. Admin tiba-tiba rindu pula zaman universiti.