[Video] Dua Beradik Jual Kuih Kesejukan Di Bawah Hujan Lebat, Cukup Menyentuh Hati

Zaman kanak-kanak adalah antara waktu cukup menggembirakan, mana tidaknya di usia itulah kita menghabiskan waktu di sekolah dan keluar bermain bersama rakan-rakan sebaya.

Tetapi, tidak semua kanak-kanak bertuah dapat menikmati zaman itu kerana ada dalam kalangan mereka, di usia yang sangat muda terpaksa bersusah payah mencari rezeki untuk menampung hidup.

Kecil² dah kena cari duit

Sebuah video tular di media sosial memaparkan dua beradik yang masih lagi kecil, berteduh daripada hujan lebat sambil memegang bakul jualan kuih.

Tersentuh jiwa melihat dua anak ini yang menggigil kesejukan menunggu hujan berhenti, demi meneruskan semula jualan kuih mereka untuk dijual.

Menggigil sejuk bawah hujan

Dapat diperhatikan, dua beradik tersebut mengintaikan tingkap kediaman tempat mereka tumpang berteduh, mungkin mengharapkan agar dijemput masuk kerana sudah kesejukan dibasahi hujan.

Apa lagi alasan kita untuk tidak bersyukur? Semoga keperitan hidup yang ditempuh dua beradik ini menjadi penguat semangat untuk mereka terus berusaha mengubah nasib.

Sumber : Makassar Info