Perginya anak Azian Mazwan

Anak seorang penyanyi wanita Malaysia terkenal era 1980-an, Azian Mazwan Sapuan, telah menghembuskan nafas yang terakhir  pada 11.30 pagi tadi, hari ini. 

Turut difahamkan, hampir sebulan Allahyarham Mohammad Aqil, 20, terdampar dan koma walaupun sudah dirawat di Hospital Selayang akibat kemalangan motosikal pada 22 November lalu. 

Kemudian, bagi penyanyi Cinta Embunan Pagi itu turut melaporkannya di laman Instagram mengenai khabar pemergian anak kesayangannya yang mengejutkan. 

“Assalamualaikum semua, Innalillahi wainna ilaihi rajiun, Anakanda saya Mohammad Aqil Zulkarnain telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 11.30 pagi, hari ini.

“Semoga roh Allahyarham anakanda ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 

“Ya Allah, Kuatkan lah aku,” tulisnya dengan sebak di laman Instagramnya.

Arwah merupakan anak keempat daripada tujuh adik-beradik yang terdiri daripada lima lelaki serta dua perempuan. 

Azian juga pernah menyertai rancangan Gegar Vaganza pada musim kedua tahun 2015.