[Video] Kejadian wanita mengamuk kereta ditunda, netizen risau kesihatan mental wanita tersebut minta buat pemeriksaan.

Kejadian wanita melompat, meludah dan memukul anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan operator tunda kereta di Bandar Baru Sungai Buloh ternyata mendapat reaksi netizen yang rata-rata risau akan keadaan kesihatan mental wanita terbabit.

Menerusi rakaman berdurasi hampir 3 minit itu menyaksikan kereta yang dipandu wanita itu sedang ditunda kerana berada di bahu jalan sebuah kawasan perniagaan.

Mahu keretanya kembali wanita itu bukan sahaja memarahi anggota yang bertugas tetapi juga turut memarahi orang awam yang melihat kejadian itu.

Selain meludah dia juga turut membaling kasut dan kon ke aras orang awam yang melalui kawasan kejadian.

Kenerusi komen yang ditinggalkan ada yang melihat wanita itu berada dalam keadaan yang tidak sihat selain mahu pihak bertanggungjawab membawa wanita ini melakukan pemeriksaan kesihatan.

Netizen juga melihat apa yang sedang dilalui wanita itu bukan sahaja perlu mendapat perhatian selain juga melihat kesihatan mental kini sering dipandang remeh sehingga menyebabkan apa yang mungkin dilalui wanita itu tidak mendapat bantuan sepatutnya.