TM sah penaja utama Liga Malaysia selama tiga tahun

24

Jalinan kasih di antara Telekom Malaysia (TM) dan Liga Malaysia bertaut kembali apabila ia sah menjadi penaja utama untuk tempoh tiga tahun bermula edisi 2020.

Segala spekulasi melibatkan penajaan buat pentas bola sepak Malaysia akhirnya terjawab apabila TM menjadi penaja utama Liga Malaysia musim ini.

Tiada butir-buir tajaan diumumkan, namun difahamkan ia adalah sebanyak RM30 juta setahun.

Sebelum ini, satu perjanjian selama lapan tahun dimeterai pada 2018 tetapi usaha sama itu terputus atas beberapa faktor.

Bagaimanapun, selepas beberapa siri perbincangan, akhirnya perjanjian baru dicapai, sekali gus memberikan harapan baru buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi mengharungi kempen musim ini.

Baca juga:   “Cubaan seorang warga emas melarikan duit masjid, gagal!”