“Dua ayam bahagian leher, nasi dan kicap kongsi enam orang” taska berbayar ini bikin netizen panas hati

“Ibarat nak bagi makan dekat binatang” itu antara komen yang dilemparkan netizen terhadap perkongsian seorang ibu, Sharifah Hasinah Shahajam di Facebook miliknya sejak semalam.

Ibu ini berkongsi rasa terkilannya dengan sikap pemilik taska yang dihadiri anaknya. Hanya meletakkan nasi dan dua ketul ayam bahagian leher untuk dikongsi dengan lima lagi anak asuhan lain.

Ternyata apa yang dilihatnya ini bukan sahaja membangkitkan marah seorang ibu tetapi juga netizen. Bagi netizen terlalu melampau untuk hanya meletakkan nasi kicap dan ayam bahagian leher dua ketul untuk dikongsi enam kanak-kanak yang sedang membesar.

Mahu pemilik taska ini dibawa ke muka pengadilan selain ada juga yang mahu taska ini memberhentikan operasinya kerana ada yang berpendapat apa yang dilakukan pemilik taska ini seperti hanya mahu mencari duit selain tidak menjalankan amanah.

*** perkongsian***

Kita mengharapkan anak kita dijaga dgn baik tanpa mempersoalkan bayaran bulanan yg perlu dibayar. Tapi sebaliknya inilah makanan yang diberikan kepada anak2 transit n tadika..
Sebelum ini anak ada mengadu hanya makan nasi, kicap n telur dadar.. Tapi saya x endahkan sebab ingat kan kadang2 sahaja. Tapi bila kerap anak mengadu, saya pergi sendiri ke taska untuk memastikan. Ternyata makanan yg disediakan hanya lah nasi, kicap, Dan dua ketul ayam bahagian leher yang dikongsi oleh 6 orang anak.

Mohon penjelasan dari pihak tadika terbabit.