[Video] “Isteri Dah Takde” – Bapa Tunggal Kerja Sambil Dukung Anak Terlelap Menyentuh Emosi

Setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Sebagai manusia biasa, perkar yang paling dan harus dipegang dalam kehidupan adalah perlu bersyukur, berusaha dan tawakal dengan setiap benda yang telah ditakdirkan.

Dua hari lepas, tularnya sebuah video yang telah menyentuh hati dan emosi rata-rata netizen yang menontonnya. Video tersebut telah memaparkan kegigihan seorang bapa tunggal, yang menggendong anaknya ketika sedang bekerja mencari rezeki.

“Anak digendong sampai tertidur…”

Seorang bapa tunggal terpaksa membawa anak kecilnya ke tempat kerja kerana telah kematian isteri sejak tiga tahun lepas. Disebabkan tiada siapa yang mampu menjaga puterinya itu, dia terpaksa membawa anaknya bersama.

Kiri dukung anak, tangan kanan bawa tayar…

Lelaki berkenaan bekerja sebagai penampal tayar di sebuah bengkel disalah sebuah daerah di Indonesia. Lebih menyayat hati apabila lelaki itu dilihat mendukung anaknya sambil mengangkat tayar kenderaan milik pelanggan untuk dibaiki.

Disebabkan penularan video tersebut, ia telah mendapat pelbagai reaksi dan perhatian netizen terutamanya di Indonesia. Kebanyakan sangat terharu dan sebak melihat pengorbanan bapa tunggal itu menjalankan tanggungjawabnya walaupun selepas kematian isterinya.

Jelas disini dapat diliht, pengorbanan seorang bapa yang tidak menghiraukan penat lelahnya demi menyara hidup dan kasih sayang terhadap anak kecilnya.

Sumber : Cianjur