Rompakan Van Syarikat Keselamatan, Polis Teliti Kamera Keselamatan Kawasan Kejadian

PULAU PINANG – Satu rompakan melibatkan wang tunai berjumlah hampir RM231,000 melibatkan pekerja syarikat keselamatan berlaku di hadapan Bank Alliance Jalan Tun Dr Awang dekat Bukit Jambul.

Rompakan tersebut melibatkan 2 lelaki yang belum diketahui identiti mereka.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong, van syarikat keselamatan terbabit baru mengambil wang hasil jualan sebuah pasar raya dan berhenti di hadapan bank berkenaan untuk memasukkan duit.

Difahamkan, salah seorang suspek telah datang secara tiba-tiba dari arah belakang dan meragut beg berisi wang terbabit.

Polis kini sedang meneliti kamera litar tertutup di kawasan kejadian bagi mengenal pasti suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.