“Tukar Nama Memang Gimik Pon, Tapi..” – Waris Ke Jelobak Ke Jolobu’

    Ketika warganet di luar sana masih mempertikaikan hasratnya untuk menukar nama, ternyata penyanyi rap yang popular dengan lagu Rembau Most Wanted, Waris , tidak menolak pilihanya itu hanya “gimik” semata-mata.

    Menjelaskan perkara sebenar, kata Waris memang dia melihat ini adalah jalan yang mudah untuk dia sebenarny mendapat perhatian. Malah jelasnya melalui gimik tukar nama ini juga pengikutnya di laman sosial juga turut menggunakan ruang komen untuk mengecamnya.

    Namun disebalik itu ada kisah lain untuk Waris. Jelasnya melalui perhatian yang diberikan ini dia sebenarnya dapat kepuasan yang berbeza.

    “Memah sejak beberapa tahun lalu saya membantu beberapa buah rumah anak yatim untuk mendapatkan kelengkapan persekolahan. Pada mulanya memang saya buat secara rahsia sahaja, tetapi saya mahu mereka di luar sana juga bersama saya buat amalan bersedekah ini.

    “Sebab itu saya muncul dengan gimik tukar nama yang sekaligus membuatkan saya jadi perhatian. Apa lebih istimewa dahulu saya hanya mampu berikan sepasang baju sekolah buat anak-anak yatim ini namun tahun ini 3 persalinan.

    “Bila baca kecaman warganet yang marah dengan hasrat saya mahu tukar nama memang banyak tetapi dalam masa yang sama mereka ini juga yang menyumbang,” katanya kepada The News semalam.

    Sementara itu Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias memberitahu soal penukaran nama itu memang akan berlaku. Malah dia juga sudah bersedia untuk mengumumkan nama baharunya itu pada 1 Januari 2020.

    “Nama itu saya akan umumkan pada 1 Januari.”

    “Jangan risau saya akan umumkan melalui laman sosial saya. Semua akan tahu,” katanya.

    Terdahulu Waris ditemui pada majlis perlancaran Dansa Dan Sing yang diadakan di Damansara semalam. Program terbaharu Astro itu. Merupakan program realiti yang menggabungkan tarian dan nyanyian Dansa Dan Sing akan menemui penonton pada Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123) mulai 5 Januari 2020.