[ Video ] Gelagat Wartawan Masa Siaran Langsung Secara ‘Tak Sengaja’ Buat Netizen Terhibur

Dia bosan menunggulah tu hahaha” antara reaksi netizen yang terhibur dengan gelagat seorang wartawan yang videonya tular baru-baru ini. Dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, aksi wartawan itu nampaknya seakan tidak sengaja namun menjadi bualan hangat netizen.

Video berdurasi hanya 10 saat itu memaparkan siaran langsung berita di televisyen. Ketika pembaca berita itu sedang membaca berita, wartawan penyiaran yang berada di lokasi untuk menyampaikan maklumat turut berada di siaran langsung.

Bagaimanapun mungkin wartawan tersebut tidak menyedari yang rakamannya itu sudah pun bersiaran langsung di televisyen. Wartawan itu melakukan aksi seakan bermain seruling ketika menunggu gilirannya untuk bersiaran langsung.

Jom tonton gelagat wartawan ini dalam rakaman di bawah :

Sempat dia main seruling kejap.

Sumber : Twitter – @brgsjks

Video ini telah meraih lebih 289,000 tontonan dan 19,900 retweets serta 15,900 likes.