Ahli Parlimen Tanjung Piai Baharu Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng Mengangkat Sumpah Sebagai Ahli Dewan Rakyat Hari Ini.

Difahamkan, Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof ketika majlis berlangsung.

Selesai sahaja majlis tersebut, Mohamad Ariff mengucapkan tahniah kepada beliau atas kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Sabtu lepas.

Semoga dapat memberi sumbangan yang berguna dan berfaedah serta dapat berkhidmat dengan cemerlang. Tahniah sekali lagi.”

Dewan Rakyat ini mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam menentukan undang-undang Negara dengan bertujuan memberikan manfaat terbesar kepada seluruh rakyat Malaysia.”

Saya yakin ahli yang berhormat akan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat terhormat dengan seperti yang tertuntut keluhuran institusi ini. Semoga ahli dapat berkhidmat dengan cemerlang,” katanya.

Menurut laporan Bernama, PRK Tanjung Piai menyaksikan Wee daripada Barisan Nasional (BN) menewaskan lima calon lain termasuk Karmaine Sardini daripada Pakatan Harapan (PH).

PRK itu diadakan susulan kematian Ahli Parlimen sebelum ini, Datuk Dr Md Farid Md Rafik akibat komplikasi jantung pada 21 September lalu.

Wee, 55, merupakan Ahli Parlimen kawasan itu selama dua penggal pada 2008 hingga 2018 sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14.