Ford Motor Co Memperkenalkan Kereta Berkuasa Tinggi Elektrik

Mustang Mach E merupakan kereta SUV berkuasa elektrik sebagai platform berprofil tinggi menguji pelan penstrukturan untuk kembali menjana keuntungan.

Mustang Mach E

Sementara itu, kereta itu di perkenalkan di Los Angelas berdasarkan harapan yang diletakkan syarikat tersebut semalam.

Menurut Ketua Eksekutif, Jim Hackett berkata rekaaan Mach E mempunyai rekaan dalaman futuristik serta olahan konsep rekaan baharu yang dinanti-nanti setelah sekian lama berdepan dengan pelbagai pandangan skeptikal penganalisis Wall Street sejak dua tahun lalu.

Ini adalah yang pertama kali kita hasilkan daripada pandangan konsep baharu kami.”

Ada banyak perkembangan lagi yang akan kami perkenalkan pada masa depan,” kata Hackett

Namun, bagi Pengerusi Ford, Bill Ford Jr berkata Mustang Mach E adalah produk peneraju pasaran hijau dan menjadikan sebagau pengeluar automotif bebas karbon menjelang 2030 selain minatnya kepada Mustang dan enjin V-8.

Kami benar-benar meletakkan harapan tinggi kepada kenderaan ini,” kata Ford.

Pengeluar itu juga berkata ia akan memperuntukkan perbelanjaan AS$11.5 bilion untuk membangunkan model kereta elektrik dan hibrid menjelang 2022.

Ketika ini pengeluar automotif dunia bergelut untuk menjual kereta elektrik mereka.

Kemudian, Bill Ford menegaskan keyakinannya kepada Mach E sebagai “kereta yang akan memberikan keuntungan dari awal pelancarannya.” katanya.

Ford juga berkata bahawa March E mampu setaraf dengan kedudukan Tesla.