[ Video ] Detik Cemas Penunggang Motosikal Kena Kejar Lembu Ke Stesen Minyak

Secara lazimnya, lembu ternakan gemar menghabiskan masa meragut rumput, mengawasi anak, atau tidur di padang rumput.

Kebanyakan lembu juga mempunyai pengalaman dengan penternak dan petani, jadi mereka sudah biasa didekati manusia. Oleh itu mereka tidak akan menyerang orang secara tiba-tiba kecuali mereka rasa terancam.

Lembu jantan walau bagaimanapun boleh bertindak secara agresif, tetapi hanya apabila mereka dikejutkan atau dipersendakan.

Selain mempunyai tanduk dan kuku tajam, lembu dewasa boleh mencecah ketinggian hampir enam kaki dan boleh mencecah berat sehingga 1,000 paun.

Oleh kerana mereka biasanya hidup dalam kawanan atau ternakan, lembu jantan yang bersendirian lebih cenderung untuk berkelakuan agresif apabila berhadapan dengan manusia. Lebih-lebih lagi jika manusia menunjukkan reaksi panik atau ketakutan.

Seperti dalam satu rakaman CCTV yang tular, dua orang individu dilihat sedang melarikan diri dari seekor lembu yang mengejar mereka.

2 wanita yang menunggang motosikal itu dengan panik melompat turun dari motosikal mereka sebaik sampai ke stesen minyak.

Kedatangan mereka diikuti dengan seekor lembu jantan yang memecut ke arah mereka dan menanduk motosikal yang ditinggalkan sehingga sebuah kiosk layan diri rebah.

Rakaman itu jelas menunjukkan kekuatan haiwan berkenaan dan impak yang hampir merempuh mangsa sekiranya mereka tidak sempat melarikan diri.

Video yang meraih lebih 4 juta tontonan itu megundang netizen untuk berkongsi pandangan apa penyebab yang menyebabkan lembu itu bertindak sedemikian.

Rata-rata menyalahkan motosikal itu yang berwarna merah serta kain penunggang yang berwarna merah jambu sebagai punca haiwan itu mengamuk.

Sumber : Twitter