[ Video ] Tindakan Budak Lelaki Lepas Kena Langgar Kereta Buat Netizen Bangga

Statistik menunjukkan bahawa kemalangan jalan raya merupakan penyebab utama kematian orang muda.

Walaupun setiap negara mempunyai inisiatif yang diambil untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, kenyataannya kadar kemalangan tidak banyak berubah

Ini kerana faktor sikap pemandu sendiri yang tidak memberi perhatian ketika memandu, berbanding faktor kenderaan atau persekitaran.

Kecuaian yang biasa dilakukan termasuklah apabila pemandu menggunakan telefon ketika memandu, atau tidak mematuhi had kelajuan. Selain itu memandu dalam keadaan mabuk juga banyak mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Jika pengguna motosikal menjadi penguna jalan raya yang mempunyai kadar kemalangan paling tinggi, pejalan kaki merupakan golongan ketiga tertinggi yang menjadi mangsa kemalangan jalan raya.

Kebanyakkan kemalangan yang melibatkan pejalan kaki adalah kerana kesalahan langgar lari oleh kereta yang melanggar had laju. Selain itu, melintas jalan bukan pada tempat yang disediakan juga mendorong kepada risiko untuk dilanggar, terutamanya  pada jalan raya yang sibuk.

Dalam satu video yang tular pula, seorang ibu dan anak kecilnya dilihat sedang melintas jalan mengikut garisan lintasan.

Namun itu tidak mengelakkan mereka dari dilanggar oleh sebuah kereta, sehingga kedua anak-beranak itu terpelanting.

Mujur impak pelanggaran itu tidak kuat, dan kecederaan mangsa juga kelihatan tidak begitu parah. Namun situasi itu jelas menunjukkan bahawa pejalan kaki sangat terdedah kepada kemalangan.

Walau bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian netizen berkenaan video itu adalah reaksi anak wanita itu yang bangun selepas tercampak untuk memeriksa keadaan ibunya.

Lebih membuat ramai bangga adalah apabila kanak-kanak lelaki itu berjalan ke arah kereta yang melanggar mereka dan meyepak kereta itu sebelum memarahi pemandu itu. Dia kemudian kembali kepada ibunya.

Rata-rata netizen bangga dan terharu melihat budak lelaki itu yang begitu marah dan risau atas apa yang berlaku pada ibunya.

Sumber: South China Morning Post