[Video] “Degilnya pakcik” enggan buat saringan Covid-19, Jabatan Kesihatan guna kuasa Polis

Sikap degil seorang warga emas yang enggan menjalani ujian saringan Covid-19 di Labuan, semalam cukup menyusahkan bukan sahaja Jabatan Kesihatan negeri itu tetapi juga pihak berkuasa.

Difahamkan lelaki itu merupakan kontrak pertama anaknya yang juga ahli tabligh yang menghadiri perhimpunan jemaah beberapa minggu lalu. Walaupun sudah diminta untuk menjalani pemeriksaan sejak beberapa hari lalu, namun lelaki ini memilih untuk mengendahkan arahan itu.

Ternyata sikap degilnya itu memaksa sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan mengiringi jabatan kesihatan untuk membawanya ke Hospital Labuan.

Video yang dirakam beberapa jiran tetangganya itu kini menjadi viral di laman sosial. Melalui komen yang ditinggalkan ramai yang cukup kesal dengan sikap warga emas ini yang dilihat cukup mementingkan diri selain menyusahkan pihak hospital dan berkuasa yang dilihat sudah bertungkus lumus dalam menyelesaikan masalah wabak covid-19 yang kini menjadi ancaman negara.