Irwansyah didakwa lakukan penipuan dalam pernigaan berjumlah hampir setengah juta ringgit

Selebriti popular Indonesia, Irwansyah dituduh melakukan penipuan dan penggelapan wang dalam perniagaan.

Laporan itu dibuat bekas rakan perniagaannya yang dikenali sebagai Fakhran Rifqi sekitar tiga bulan lalu.

Menurut laporan TribunNews sikap tidak endah Irwansyah membuatkan pihak berkuasa dan Fakhran sendiri mendedahkan perkara ini kepada umum.

Sementara itu Fakhran menjelaskan, Irwan dan rakan-rakannya telah bersubahat menipu sejumlah wang miliknya bernilai 1.7 bilion rupiah (RM470,419).

Pada mulanya Fakhran merasa tertarik dengan tawaran perjanjian menggunakan hukum Islam atau disebut Syirkah. Namun dia mula sangsi dengan keuntungan yang dibuat perniagaan ini.

Sebelum itu Irwansyah kini turut bergelut dengan dakwaan yang sama apabila dikatakan menggelapkan wang perniagaan makanan bersama Medina Zein