Lima anggota trafik dirempuh lori dalam Sekatan Jalan Raya Op Covid 19

Ketika Negara berada dalam tempoh perintah kawalan pergerakkan, ternyata tugas pihak berkuasa menjadi lebih berat.

Selain memastikan orang awam berada di rumah mereka juga akan menjaga lalu lintas dalam memastikan apa yang disarankan kerajaan berlansung dalam keadaan yang baik.

Namun apa yang dikongsi Instagram PDRMsia_Trafik malam tadi cukup mengejutkan apabila lima orang anggota polis daripada jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Kuala Lumpur dirempuh sebuah lori.

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Syed Putra,lima anggota yang melibatkan seorang Pegawai Kanan dan 4 Pegawai Rendah Polis cedera dirempuh lori semasa menjalankan tugas Sekatan Jalan Raya Op Covid 19

Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 0045hrs pagi ini Kons Mohd Afendi cedera di bahagian kepala, bahu kiri dan kaki mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan 4 lagi mangsa lain iaitu Insp Afifi Zulhusni, Kpl Khairul Nizam, Kpl Azizi dan L/Kpl Wan Kamarul cedera ringan.