[ Video ] Bantu Potong Tali Di Badan Yu Paus, Sekumpulan Pemancing Dapat Penghargaan Netizen

Tular sejak semalam apabila sekumpulan pemancing di Sarawak menyelamatkan seekor Yu Paus yang terbelit tali.

kehadiran ikan Yu Paus ini yang mendekati bot pemancing ini disedari mahu meminta tolong untuk meleraikan ikatan tali dibadannya.

Merupakan ikan bersaiz gergasi, dalam video kurang empat minit ini menunjukkan ikan tersebut merelakan badannya di tarik ke arah bot untuk membolehkan pemancing di atas bot tersebut memotong tali sehingga putus.

Seperti mahu mengucapkan terima kasih, selepas tali tersebut di potong Yu Paus itu turut melibas ekornya ke arah pemancing sebelum berenang ke aras berbeza.

Sementara itu video yang dikongsi pengguna Facebook Haslina Bujang ini mendapat 4 ribu likes selain kata- kata terima kasih kepada pemancing yang menyelamatkan ikan tersebut.