Pengantin Banjir, Rupanya Kahwin Dua

2673

Semalam tular gambar pasangan pengantin baharu yang mengabadikan gambar perkahwinan mereka ketika banjir besar.

Pada mulanya gambar- gambar pasangan pengantin ini mendapat pujian netizen yang rata-ratanya memuji keunikkan gambar tersebut.

Bagaimanapun dengan kuasa “bawang rangers” yang dimiliki netizen Malaysia ternyata keunikkan gambar perkahwinan pasangan ini bukan lagi kisah utama.

Kerana difahamkan ini adalah perkahwinan kedua pengantin lelaki yang dikatakan berasal dari Thailand. Malah tidak berhenti di situ, netizen juga turut berjaya menjejaki Facebook isteri pertama pengantin lelaki tersebut.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada perkahwinan terbaharu ini mendapat izin isteri pertamanya. Namun melalui pemerhatian komen-komen yang ditinggalkan di rata-rata memberi kata semangat kepada isteri pertamanya.

“Saya mengaku kahwin dua…”

Pengantin lelaki yang dikenali sebagai Syed Busri sebenarnya sudah mempunyai isteri dan anak-anak sebelum menikah dengan seorang gadis.

Selepas status perkahwinan pertamanya tular, dia telah mengeluarkan kenyataan menjernihkan hal tersebut di Facebook miliknya.

 

Sudah-sudahlah, hentikan…
Dia menjelaskan bahawa perkahwinan keduanya telah diketahui oleh isteri pertama dan meminta agar orang ramai berhenti meninggalkan sebarang komen negatif mengenai mereka.

 

Baca juga:   “Ayah tak bagi balik rumah selagi tak habis barang dijual. Kalau tak habis memang kena tampar dan pukul” kisah kanak-kanak malang ini curi tumpuan netizen

Isteri pertama Syed Busri juga telah memuat naik status di Facebook supaya menghentikan segala tohmahan kepada mereka agar tidak menjejaskan keadaan yang sedia ada.

Sementara itu perkongsian isteri pertama pengantin lelaki ini juga tidak membenarkan gambar-gambar perkahwinan suaminya dikongsi lagi selain turut berterima kasih ke atas kata-kata semangat yang diberikan kepada dirinya dan keluarga.