SEJAK malam semalam, tular video dua orang kanak-kanak yang sedang meraung apabila dipijak oleh seorang lelaki yang dipercayai bapa mereka.
Video berdurasi dua minit itu menunjukkan dua orang kanak-kanak disepak dan dipijak sebelum diugut menggunakan pisau.
Perkongsian tersebut telah dikongsi oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Nur Ayu dan dimuat naik kembali oleh beberapa laman Facebook di Sabah memandangkan kejadian itu berlaku di Kunak.
Menerusi laporan Online Lahad Datu, suspek dipercayai telah melarikan diri bersama dua orang kanak-kanak tersebut setelah video tersebut viral.
Punca kejadian itu difahamkan berlaku kerana rasa cemburu setelah bercerai dengan isterinya.
Menurut perkongsian Facebook Nara Saranghae.com, ada makluman yang mengesahkan bahawa suspek telah menyerahkan kedua orang anaknya kepada nenek mereka (ibu suspek) sebelum terus menghilangkan diri.
Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berkenaan video tersebut.
Walau bagaimanapun, banyak pihak yang menguar-uarkan hal tersebut di media sosial agar suspek dapat ditahan dan segera melaporkan hal ini ke pihak berkuasa.