Agensi buka mulut, Gold Medalist sahkan perbualan Seo Ye Ji dan Kim Jung Hyun

PELAKON Korea, Seo Ye Ji dan Kim Jung Hyun yang baru-baru ini menjadi perbualan para peminat K-drama gara-gara perbualan mereka melalui teks beredar.

Agensi Seo Ye Ji, Gold Medalist membenarkan bahawa segala perbualan yang beredar semasa kedua pelakon itu semasa bercinta adalah benar.

Perbualan yang menunjukkan Seo Ye Ji melarang bekas kekasih, Kim Jung Hyun agar tidak melakukan babak romantis bersama pelakon Seohyun di dalam drama ‘Time’ pada waktu itu.

Sumber: Soompi

Gold Medalist, mengklarifikasikan bahawa larangan itu bukan sahaja diucapkan oleh Seo Ye Ji, malah ia juga dilakukan Kim Jung Hyun, tapi mesej yang beredar tidak memperlihatkan bahagian tersebut.

Menurut Dispatch, kedua pelakon tersebut telah menjalin hubungan sejak tahun 2018 iaitu semasa mereka menjalankan penggambaran ‘Stay With Me’.

Seo Ye Ji dikatakan sebagai kekasih yang mengawal tindakan Kim Jung Hyun sehingga menyebabkan kesulitan bagi kru drama juga pelakon lainnya.

Sumber: Soompi

Dalam masa yang sama, Kim Jung Hyun juga dikatakan menghapus semua skinship dalam beberapa babak drama.

Setelah muncul kontroversi tersebut, Seo Ye Ji memilih untuk tidak menghadiri jumpa sidang media penayangan filem ‘Memory Tomorrow’.