Drama ‘Skuad JPJ’ bakal ditayang, netizen usik harap ada scene ukur nombor plate

BARU-BARU ini, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengumumkan di laman media sosial mengenai drama ‘Skuad JPJ’ yang memaparkan realiti tugas dan cabaran yang dihadapi anggota JPJ.

Drama mengandungi 13 episod ini merupakan drama bersiri yang bakal ditayangkan tidak lama lagi dan pihak JPJ berharap dengan hadirnya drama ini maka dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada rakyat dalam mendaulatkan undang-undang dan peraturan jalan raya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata berharap drama bersiri Skuad JPJ ini akan memaparkan isu-isu berkisahkan kisah benar yang berlaku seperti keadaan di kaunter JPJ, isu rasuah dalam kalangan anggota seperti dilaporkan dalam berita dan banyak lagi.

Reaksi netizen

Antara barisan pelakon yang bakal mewarnai ‘Skuad JPJ’ ini adalah Saharul Ridzwan, Rashdan Baba, Kodi Rasheed, Fify Azmi, Sefik Khair dan Fiza Thomas.

Untuk penggemar drama, sudah pasti anda akan ternantikan drama Skuad JPJ ini ditayangkan di kaca televisyen dan apakah isu dan babak yang bakal muncul dalam drama ini?