Terpaksa bayar hampir RM20,000 selepas anak pecahkan patung Teletubbies gergasi

IBU bapa seorang kanak-kanak di Hong Kong terpaksa membayar ganti rugi berjumlah 33,600 Hong Kong Dollar (RM18,805) kepada sebuah kedai permainan selepas budak lelaki tersebut menjatuhkan sebuah patung Teletubbies yang dipamerkan di premis itu, lapor laman berita St Headline.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kedai KK Plus di Mongkok, pelanggan berkenaan telah membayar pampasan bagi patung yang bernilai lebih 52,800 Hong Kong Dollar (RM29,550). itu, lapor Kosmo.

Jelas kenyataan itu, insiden tersebut telah diselesaikan selepas mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

Patung bewarna emas itu juga merupakan prototaip bagi cetakan pertama, dan harga rasmi bagi prajualan adalah 52,800 Hong Kong Dollar (RM29,550).

Dekorasi itu diletakkan hanya untuk tujuan pameran dan berada di kedudukannya sejak November tahun lalu tanpa mengganggu laluan pelanggan.

Pihaknya juga akan akan mengambil inisiatif untuk menghubungi pelanggan terbabit bagi menjernihkan keadaan setelah insiden itu menerima kecaman orang ramai,

“Kami juga akan mengambil pengajaran daripada insiden ini bagi mengelakkan sebarang kejadian serupa daripada berulang,” jelasnya.

Sumber: Kosmo