Beri perlindungan kepada pelarian Ukraine, namun akhirnya suami sendiri dirampas

Beri perlindungan kepada pelarian Ukraine, namun akhirnya suami sendiri dirampas

SEORANG lelaki Britain dilaporkan tergamak meninggalkan isterinya selepas menjalinkan hubungan dengan seorang pelarian Ukraine yang berlindung di rumah mereka akibat peperangan di negara asalnya.

Tony Garnett, 29, sebelum ini memohon untuk menyertai skim pelarian kerajaan Britain, lapor Kosmo.

Dia bagaimanapun menjadi tidak sabar kerana permohonan itu mengambil masa yang lama, lalu menyertai satu kumpulan Facebook bagi pelarian Ukraine yang mencari perlindungan.

Garnett ketika itu ditemui oleh Sofiia Karkadym, 22, yang sedang melarikan diri dari rumahnya di Lviv selepas serangan Russia.

Setelah menguruskan pengangkutan, Karkadym tiba di Britain pada 4 Mei lalu dan tinggal bersama Garnett dan isterinya, Lorna serta dua anak perempuan mereka masing-masing berusia tiga dan enam tahun.

Garnett memberitahu bagaimana mereka menjadi akrab dengan serta-merta terutamanya disebabkan dia boleh bertutur dalam bahasa Slovakia yang serupa dengan bahasa Ukraine.

Mereka berdua berbual dalam bahasa yang tidak difahami Lorna, sanggup berjaga hingga ke tengah pagi untuk menonton televisyen bersama-sama ketika wanita itu sudah tidur dan kerap ke gimnasium bersama.

Pergaduhan mula berlaku apabila Garnett berkata bahawa dia akan pulang makan di rumah jika makanan itu dimasak oleh Karkadym.

Lorna menjadi marah dan meminta wanita itu meninggalkan rumahnya.

Lebih mengejutkan, Garnett memutuskan untuk mengikuti Karkadym dan meninggalkan isteri yang telah 10 tahun dikahwini bersama anak-anaknya.

Dalam hanya 10 hari Karkadym tiba di Britain, kedua-dua mereka telah berpindah ke rumah ibu bapa lelaki itu dan mula mencari hartanah serta memulakan proses untuk mendapatkan visa tetap buat Karkadym.

Sumber: Kosmo