“Terbaik abang polis”- video anggota Trafik berhujan keluarkan sisa pepejal dalam longkang dapat perhatian

Keadaan hujan hampir setiap petang di ibu negara kini menyebabkan ada kawasan yang dinaiki air.

Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan kesesakkan sekaligus membahayakan pengguna jalan raya.

Tentunya dalam keadaan ini orang awam akan mengharapkan bantuan pihak berkuasa dalam melancarkan perjalanan mereka.

Namun begitu banjir bukanlah sesuatu yang boleh dijangka, tular sejak semalam seorang anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur yang terpaksa berhujan mengeluarkan sisa pepejal yang tersumbat di jalan sekitar Jalan Raja Chulan.

Usahanya itu bagi memastikan air yang bertakung atas jalan raya dikawasan itu dapat mengalir ke dalam longkang.

Cukup membanggakan melihat seorang anggota trafik yang tidak berkira tanggungjawanya dalam memastikan keselamatan orang awam walaupun mengeluarkan sisa pepejal bukan antara tugas utamanya.


Sementara itu warganet turut mengucapkan terima kasih ke atas tanggungjawab yang ditunjukkan anggota ini.

Video : FB Polis Diraja Malaysia