“Yaya” menangis tinggalkan balai, ingin terus dijaga Polis

Kisah seorang budak perempuan berusia empat tahun yang ditinggalkan di kedai makan di Shah Alam semalam mendapat perhatian warganet.

Walaupun sudah diserahkan kepada pihak berkuasa namun sehingga kini tiada pihak yang tampil untuk mengambil semula Yaya.

Sementara itu menerusi laporan Harian Metro Ketua Polis Balai Seksyen 9, Asisten Superintendan Zaiful Nizam Mohamad berkata, sehingga kini, tiada waris Yaya tampil untuk membawa pulang kanak-kanak itu dan pihaknya terpaksa menyerahkan kepada pihak JKM bagi urusan berikutnya.

Jelasnya sukar untuk pihak polis mengesan keluarga kanak-kanak ini memandangkan tiada maklumat diri selain tiada laporan yang dibuat berkenaan kehilangan kanak-kanak di kawasan tersebut.

Sementara itu kanak-kanak ini juga menangis bila tahu dia terpaksa meninggalkan balai polis untuk di jaga pihak JKM.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak berkenaan bolehlah menghubungi Balai Polis Seksyen 9 di talian 03-55202242/43 atau tampil JKM Selangor di Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan.