Tampil langsing dan jelita, followers Rina Harun naik mendadak

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun mencuri perhatian wargamaya apabila kini tampil langsing dan cantik bergaya, lapor portal Gempak.

Menerusi laman sosial Twitter, dua foto terkini Rina tular dan mendapat perhatian ramai.

Malah, sekeping foto terdahulu dan terkini Ahli Parlimen Titiwangsa itu menunjukkan perubahan yang drastik selama tempoh dua tahun.

Meninjau ke laman Twitter, rata-ratanya wargamaya terkejut dan teruja melihat perubahan menteri yang berusia 47 tahun itu.

Tinjauan ke Instagram peribadi Rina iaitu @rinaharunofficial juga mendapati jumlah pengikutnya juga naik mendadak.

Sekadar info, pada Januari lalu Rina disahkan positif Covid-19 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sumber: Gempak