“Takde duit buat cara takde duit” pengantin baru dikecam gara-gara kesilapan sendiri

Status Facebook : Maya Bridal

Selalu kita dengar kisah penipuan yang dibuat butik pengantin, namun kali ini berlaku sebaliknya.

Berkongsi perbualan WhatsApp dengan seorang pelanggan, ternyata apa yang dilalui perancang perkahwinan ini adalah mimpi ngeri buat dirinya.

Pada mulanya pelanggan ini bersetuju untuk membuat bayaran deposit untuk pakej perkahwinan yang telah disediakan.

Bagaimanapun pada saat akhir pelanggan yang dikenali sebagai “lijah” ini mencipta pelbagai alasan untuk mengurangkan harga pakej perkahwinan yang dipersetujuinya sebelum ini.

Membaca perbualan antara pelanggan dan perancang perkahwinan ini tidak dinafikan ada yang menggelarkan pelanggan itu tidak rasional dengan permintaan melampaunya selain menyalahkan orang atas kesilapannya.

Memandangkan pelanggan itu sendiri yang sudah menandatangani perjanjian, netizen juga yakin kesalahan datang pelanggan tersebut.

Walaupun pada akhirnya pelanggan ini tetap menggunakan khidmat perancang perkahwinan ini untuk pelaminnya, namum apa yang membangkitkan kemarahan warganet adalah cara pelanggan tersebut yang seakan mengambil kesempatan ke atas kebaikkan perancang perkahwinan tersebut.