“Potong gaji Menteri? Sudah! Gaji dan elaun Menteri telah dipotong sejak hari pertama kerajaan PH”- Khalid Samad

Facebook- Khalid Samad

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad, membidas topik yang sedang hangat diperkatakan rakyat Malaysia di laman Twitter beliau sebentar tadi.

Beliau berkata bahawa, gaji Menteri dan elaun sudah lama dipotong sejak pertukaran kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH).

Tambah beliau lagi, berkata bahawa Menteri pada zaman BN menerima jumlah gaji lebih banyak jika dibandingkan dengan Menteri kerajaan sekarang. 

“Potong gaji Menteri? Sudah! Gaji dan elaun Menteri telah dipotong sejak hari pertama kerajaan PH lagi. Zaman BN, Menteri-menteri BN semua dapat jauh lebih banyak.

“Mungkin dalam lingkungan RM 10,000 sebulan bezanya. Itu tidak ambil kira makan tepi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lagi, Kalau tak mana mungkin RM 500,000 jaga hati bini?,” tulisnya di laman Twitter.

Lantas, ciapan beliau setakat ini meraih 17 ulang kicau, leebih 80 tanda suka serta kecaman dari warga netizen di ruangan komen.