Young Khalifa, ‘Rapper’ baru dari Singapura melebarkan sayap di Malaysia

Young Khalifa (YK) melebarkan sayapnya di Malaysia dengan keluaran single pertamanya “Me Gusta (Aku Suka)” di bawah nanungan Map Music mula mendapat perhatian peminat Malaysia.

YK atau nama sebenar Muhammad Iskandar Roswira yang berasal dari Singapura 

Mula meminati rapping sejak usia 12 tahun lalu mengembangkan bakatnya melalui platform aplikasi Bigo LIVE pada tahun 2015.

Kemudian dari situ, YK mendapat perhatian dan sambutan ramai dari pengikutnya dan menjadi perbualan mulut ke mulut warga maya mengenai kehebatan nyanyian dan rap dia lakukan.

Sementara itu, YK turut berkata bahawa lagu tersebut merupakan genre reggaeton yang ramai anak muda zaman sekarang lebih cenderung mendengar.

“Lagu “Me Gusta (Aku Suka)” yang bergenre reggaeton ini adalah hasil ciptaan daripada Syko G & Jack Jafni dan lirik ditulis oleh Puyu (Media Asia Production Sdn Bhd).

“Lagu ini juga menceritakan tentang seorang lelaki yang ingin cuba memikat seorang wanita namun oleh sebab ego, lelaki tersebut tidak kisah sekiranya wanita yang diminatinya itu tidak suka terhadapnya,” katanya kepada The News.

Tambah YK, lirik santai dan beat yang catchy dapat memukau pendengar di luar sana sebaik sahaja mendengar lagu terbarunya.

Bagaimanapun, YK harap lagu baru dia mendapat tempat di hati peminat dan sokongan daripada media-media serta dapat mewarnai industri muzik tanah Malaysia.