Suruh ustazah merangkak satu kelas, netizen sedang mencari identiti ibu “biadap” ini

Tidak tercapai akal, tetapi itulah yang membuatkan sebahagian netizen kini naik angin apabila menonton video viral yang membabitkan seorang ustazah yang dipaksa merangkak satu kelas.

Difahamkan salah seorang anak murid kepada ustazah itu mengalami kecederaan ketika didenda yang menyebabkan ibunya tidak berpuas hati.

Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah agama harian itu juga mendapat perhatian netizen yang rata-rata mahu tindakan diambil ke atas ibu yang bukan sahaja mengarahkan ustazah itu merangkak tetapi juga turut mahu ustazah itu diberikan pembelaan memandangkan turut merakam kejadian terbabit dengan niat untuk memalukan ustazah yang mengajar anaknya itu.

Dalam video itu juga ibu turut menjelaskan anaknya kini takut untuk hadir ke sekolah kerana denda yang diberikan ustazah itu membuatkan anaknya trauma.

Bagaimanapun apa yang turut menyentuh hati netizen bagaimana beberapa murid lain juga turut merangkak bersama ustazah mereka.

Apa juga yang berlaku diantara ibu dan ustazah ini sepatutnya perkara ini tidak perlu sampai memalukan guru anaknya. Selain tidak rasional apa yang dilakukan ibu ini juga bakal memakan diri apabila ramai peguam kini yang menawarkan diri akan mewakili ustazah tersebut untuk mengambil tindakan undang-undang.

Seorang cikgu atau ustazah disuruh merangkak mengelilingi kelas disaksikan murid oleh seorang ibu pelajar. Dipercayai disebabkan ustazah mendenda beberapa pelajar merangkak.

Posted by ????? ??? ???????? on Monday, February 24, 2020