Semua Ahli Parlimen kecuali Tun M dititah menghadap Agong hari ini dan esok

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali dalam sejarah politik tanah air apabila kesemua Ahli Parlimen kecuali Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dititah untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bermula hari ini dan esok.

Kesemua 221 Ahli Parlimen itu akan menzahirkan siapakah calon Perdana Menteri pilihan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong dalam sesi temubual secara peribadi.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, kesemua Ahli Parlimen akan dibahagikan kepada dua sesi temubual dengan Yang di-Pertuan Agong.

Pertemuan pertama, kata beliau, akan diadakan pada hari ini bermula pukul 2.30 petang di Istana Negara.

“Kumpulan pertama seramai 90 orang akan diadakan hari ini dengan sekurang-kurangnya setiap Ahli Parlimen akan ditemubual selama antara dua hingga tiga minit.

“Sementara selebihnya akan disambung esok dan proses temubual akan diadakan sendiri oleh baginda dan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Zuki Ali,” kata Ahmad Fadil dalam sidang media di Istana Negara sebentar tadi.

Menurut Ahmad Fadil, kesemua Ahli Parlimen akan dipanggil serentak menghadap Al-Sultan Abdullah tanpa mengikut mana-mana parti politik.

Dewan Rakyat memiliki 222 Ahli Parlimen yang diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 2018.

Bagaimanapun, kemelut politik tanah air ketika ini menyaksikan pelbagai perkembangan yang tidak dijangka berlaku sejak tiga hari lalu.

Pada Isnin, Dr Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 sebelum Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk melantik beliau sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

– Astro Awani

Most Popular

Faizal Azumu bakal jadi TPM?

BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi bayangan seolah-olah bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi...

Tiada lagi kes baru, gangguan ketukan pintu misteri berakhir

Selepas 18 hari menghantui penduduk di daerah ini, misteri gangguan ketukan pintu rumah pada waktu malam berakhir apabila tiada lagi kes terbaharu dilaporkan berlaku. Ketua...

Bertabahla warga Selangor, PKPB dilanjut sehingga 20 Disember

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur dan Selangor yang dijadualkan tamat pada Ahad, dilanjutkan 14 hari lagi, sehingga 20 Disember ini. Menteri Kanan...

Faizal Azumu kini Menteri Besar Perak sementara

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan beliau kini kekal menjadi Menteri Besar Perak namun ia dibawah kerajaan sementara sehingga rombakan baru...