Sayangnya.. Habis Semua Lukisan

Susulan tindakan ‘Vandalism’ pada lukisan mural yang viral di Shah Alam..

Pihak Berkuasa Tempatan (MBSA) bertintak pantas padam keseluruhan lukisan terbabit. Syabas!

Kepada yang buat kerja jahat, berhenti lah! Sepandai-pandai tupai melompat.. Akhirnya kena juga nanti..

MURAL gergasi yang memaparkan wajah-wajah wira bangsa melawan Covid-19 termasuk Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada dinding di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 menjadi mangsa vandalisme.

Lebih biadap murah yang dilukis pada dinding sebuah bangunan rumah kedai itu bukan sahaja dirosakan tetapi turut diconteng dengan perkataan yang tidak sepatutnya.

Wajah pada mural yang turut memaparkan gambar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu turut disembur dengan cat merah.

Gambar mural tersebut dirosakkan juga telah dikongsi di media sosial.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang berdiri

Mural berkenaan dilukis oleh Muhammad Suhaimi Ali, 27; Abdul Hadi Ramli, 27 serta Muhamad Firdaus Nordin, 26 pada awal bulan ini.

Malah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli untuk menyaksikan sendiri mural gergasi potret Baginda pada 10 Julai lalu.