KPDNHEP akan siasat harga bawang India mahal di Perlis

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan segera menyiasat punca kenaikan harga bawang India di Perlis sejak bulan September lalu.

Menurut Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, siasatan itu meliputi seluruh rantaian bekalan bawang India, dari peringkat pengimport, pembekal, pemborong dan seterusnya peruncit.

“Notis di bawah Seksyen 21 akan dikeluarkan terhadap setiap rantaian bekalan itu bagi mendapatkan maklumat harga kos dan mengesan kenaikan harganya,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut berkata, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang mengambil keuntungan yang tidak munasabah maka, Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP akan mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Menurut sumber Bernama, sebelum ini harga bagi sekilogram bawang merah adalah RM4, namun bahan itu kini dijual pada harga RM12 sekilogram.

Namun, Kenaikan harga didakwa berlaku susulan bekalan bahan itu dikesan menyusut sejak dua bulan lepas.