“Saya terus melutut, terkedu, rupanya rumah saya dipecah masuk” – Perkongsian Hani di laman Twitter mendapat perhatian netizen

Kredit-Twitter Hani

Kejadian yang tidak dijangka apabila pemilik rumah sewa Hani, dipecah  masuk yang berlaku di kawasan perumahan Fair Park, Ipoh, tular baru-baru ini di laman Twitter. 

Lantas, perkongsian Hani Karmila, 21, meraih 1,500 ulang ciap dan lebih 700 tanda suka serta komen dari warga netizen yang dilemparkan sama ada positif atau sebaliknya.

Kemudian, Ketika dihubungi oleh The News, Hani turut menceritakan detik kejadian yang berlaku lebih lanjut ketika disoal. 

“Sebenarnya macam ini, kami cuti semester seminggu sahaja, disebabkan cuti kami tak panjang, Jadi mereka termasuk saya sendiri tidak bawa laptop dan barang berharga yang lain.

 “Kawan saya merupakan orang terakhir yang tinggalkan rumah. Sebelum balik macam biasalah, dia akan pastikan rumah, pagar semua berkunci dan selamat.  

“Selepas cuti tamat, Saya orang pertama sampai dekat rumah lingkungan jam 6 petang. Saya buka sahaja pintu, lalu nampak keadaan ruang tamu bersepah. Saya ingatkan kera yang masuk,” katanya ketika dihubungi The News.

Sementara itu, Hani turut berkata bahawa keseluruhan penyewa di dalam rumah mempunyai 14 orang, mempunyai tujuh bilik dan satu bilik dikongsi dua orang. 

Kemudian, Hani turut meluahan perasaannya dan menceritakan lebih lanjut kejadian yang berlaku sebaik sahaja dia sampai di rumahnya.

Kredit-Twitter Hani

“Saya selalu tengok orang yang kena, sekali rumah kami pula yang kena. Perasaan saya tidak dapat nak ungkap. Saya terkejut, terkedu dan terus melutut, Sebab seumur hidup saya, tak pernah berlaku perkara macam ini. 

Kredit-Twitter Hani

“Selepas itu, saya perasan pintu bilik semua terbuka dan beberapa pintu lain berlubang akibat dipecah masuk. Ibu kunci (mangga) di pagar belakang turut pecah.

“Bukan laptop saya sahaja yang diambil pencuri, malah televisyen, mesin pencetak, vakum, duit tabung, bil elektrik, bil air, makanan dia ambil,” katanya.

Hani, yang juga pelajar akhir dalam bidang Diploma Kejururawatan di Univerisiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) turut berkata, bahawa pihak polis menjumpai dua cap jari. 

Kredit-Twitter Hani

“Lepas itu saya terus buat laporan di Balai polis Sungai Senam berdekatan Stadium Ipoh. Kemudian, seramai tujuh pihak polis hadir memantau keadaan rumah kami. Dan mereka menjumpai dua cap jari.

“Setakat ini saya masih belum menerima maklumat terkini dari pihak polis dan pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mencari maklumat si pencuri,” katanya.

Bagaimanapun, Hani turut berpesan kepada mereka di luar sana agar, tidak cuai dan mengambil mudah terhadap barang yang kita miliki serta  sentiasa menjaga keselamatan.